Pelancaran Nilam

Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sk. Bukit Segumpal (SKBS) telah mengadakan Pelancaran Nilam pada hari Isnin bersamaan 8 Januari 2018. Pelancaran yang diatur oleh GPM SKBS, Pn. Norhaniza Taharuddin dengan kerjasama semua AJK PSS, telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk.Bukit Segumpal iaitu Pn. Nor Hashimah Bt. Othman selepas perhimpunan mingguan pada pukul 8:20 pagi. 



         Pada pelancaran tersebut Puan Guru Besar telah melakukan gimik pelancaran dengan memotong reben di atas kotak yang telah dibungkus kemas dengan cantik menyerupai kotak hadiah di hadapan semua guru dan murid. Guru Besar mengeluarkan buku-buku Nilam yang telah diikat dengan kemas dari dalam kotak. Acara seterusnya adalah  mengagihkan buku-buku tersebut kepada semua guru kelas sebagai simbolik bermulanya Program Nilam bagi tahun 2018.

Pelancaran Program Nilam 2018 dirasmikan oleh Guru Besar SKBS
Gimik Pelancaran  Program Nilam 2018
Pelancaran disaksikan oleh semua murid SKBS


Penyerahan Buku Nilam kepada semua guru kelas

          
         Pihak PSS SKBS berharap Program Nilam dapat dilaksanakan dengan jayanya  disamping menggalakkan murid-murid membaca sebagai medium percambahan ilmu dengan menjadikan membaca sebagai amalan yang mulia. Sejajar dengan maksud akronim Nilam iaitu 'Nadi Ilmu Amalan Membaca' program ini terbukti menjadi platform penting menggalakkan murid membaca disamping bersaing bagi mencapai anugerah  tertinggi NILAM.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penutup Minggu Transisi 2018

Merentas Desa Peringkat Daerah Maran.