Catatan

Merentas Desa Peringkat Daerah Maran.

25 Januari 2018 telah berlangsungnya Pertandingan Merentas Desa Daerah Maran yang telah diadakan di SMK Felda Kg. Awah. SK. Bukit Segumpal (SKBS) tidak ketinggalan menghantar peserta mewakili kategori sekolah rendah Lelaki dan Perempuan bawah 12 tahun. Peserta SKBS terdiri daripada 7 orang  mewakili 3 orang peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Penyertaan adalah sangat menggalakkan dari semua sekolah rendah dan menengah daerah Maran. Ia tidak sedikit pun menggugat semangat juang peserta-peserta cilik yang mewakili SKBS. Barisan atlit Lelaki bawah 12 tahun,SKBS adalah Muhammad Danial Iman B. Mohd Fadli, Muhamad Hafis Haikal B. Halimuslim dan Muhammad Nidal Haziq dan Muhammad Amirul Asyraf. Manakala atlit Perempuan Bawah 12 tahun adalah Hurun Ain Bt. Samsul Fadly, Sayyida Azyani Bt. Ahmad Bakri, Siti Nurain Wahida Bt. Muhd. Dahari dan Nur Ain Nisa Shakira  Bt. Abu. Catatan terbaik adalah Hurun Ain mendapat tempat ke 10 daipada 200 orang peserta kesemuanya dan Sayyida Azyan...

Kursus Kepimpinan Dan Watikah Perlantikan Peminpin Cilik SKBS

Tanggal 26 Januari 2018, telah terlaksana Kursus Kepimpinan bagi semua peminpin cilik SKBS melibatkan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber (PSS), pengawas Buku Teks (SPBT) dan Ketua serta Penolong Ketua kelas. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Pekan Awah, SM Samsudin B. Aziz.           Kursus yang dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun SK. Bukit Segumpal, turut disertakan dengan Majlis Watikah Perlantikan kesemua pemimpin cilik sekolah. Pengisian kursus kepimpinan adalah ceramah oleh Pegawai Balai Polis Pekan Awah iaitu KPL Rozita Bt. Omar, berkaitan disiplin dan kesedian mental dan fizikal dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Ceramah turut melibatkan semua murid SKBS.  Kesemua pemimpin cilik diberi sijil perlantikan jawatan masing-masing serta sijil penyertaan kursus. Selepas waktu rehat Bengkel Pengurusan Tugas dijalankan kepada semua pemimpin sekolah mengikut jawatan masing-masing. Pengawas sekolah menjalankan bengk...

Penutup Minggu Transisi 2018

Imej
Minggu transisi murid Tahun 1 SK. Bukit Segumpal yang dijalankan selama 3 minggu, telah ditutup secara rasminya pada 22 Januari 2018. Majlis sederhana yang telah diadakan tersebut memberi ganjaran istimewa kepada semua murid Tahun 1 2018 yang telah berjaya mengharungi minggu tersebut dengan jayanya.                    Program transisi dilaksanakan sebagai platform memberi kesediaan mental dan fizikal kepada murid Tahun 1 yang mengalami fasa perubahan pembelajaran dari prasekolah ke sekolah rendah. Dengan adanya minggu transisi murid-murid tahun 1, di beri pendedahan secara terbuka agar tidak berlaku kejutan budaya. Program ini juga dapat membantu murid-murid biasa dengan peraturan dan persekitaran sekolah.                   Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang Program Transisi dilaksanakan terutama penaung utama Guru Besar Pn. Nor Hashimah Bt. Othman, Guru Kelas Ta...

Pelancaran Nilam

Imej
Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sk. Bukit Segumpal (SKBS) telah mengadakan Pelancaran Nilam pada hari Isnin bersamaan 8 Januari 2018. Pelancaran yang diatur oleh GPM SKBS, Pn. Norhaniza Taharuddin dengan kerjasama semua AJK PSS, telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk.Bukit Segumpal iaitu Pn. Nor Hashimah Bt. Othman selepas perhimpunan mingguan pada pukul 8:20 pagi.           Pada pelancaran tersebut Puan Guru Besar telah melakukan gimik pelancaran dengan memotong reben di atas kotak yang telah dibungkus kemas dengan cantik menyerupai kotak hadiah di hadapan semua guru dan murid. Guru Besar mengeluarkan buku-buku Nilam yang telah diikat dengan kemas dari dalam kotak. Acara seterusnya adalah  mengagihkan buku-buku tersebut kepada semua guru kelas sebagai simbolik bermulanya Program Nilam bagi tahun 2018. Pelancaran Program Nilam 2018 dirasmikan oleh Guru Besar SKBS Gimik Pelancaran  Program Nilam 2018 Pelancaran disaksikan oleh sem...