Kursus Kepimpinan Dan Watikah Perlantikan Peminpin Cilik SKBS
Tanggal 26 Januari 2018, telah terlaksana Kursus Kepimpinan bagi semua peminpin cilik SKBS melibatkan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber (PSS), pengawas Buku Teks (SPBT) dan Ketua serta Penolong Ketua kelas. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Pekan Awah, SM Samsudin B. Aziz.
Kursus yang dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun SK. Bukit Segumpal, turut disertakan dengan Majlis Watikah Perlantikan kesemua pemimpin cilik sekolah. Pengisian kursus kepimpinan adalah ceramah oleh Pegawai Balai Polis Pekan Awah iaitu KPL Rozita Bt. Omar, berkaitan disiplin dan kesedian mental dan fizikal dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Ceramah turut melibatkan semua murid SKBS. Kesemua pemimpin cilik diberi sijil perlantikan jawatan masing-masing serta sijil penyertaan kursus.
Selepas waktu rehat Bengkel Pengurusan Tugas dijalankan kepada semua pemimpin sekolah mengikut jawatan masing-masing. Pengawas sekolah menjalankan bengkel di dalam Dewan Ibnu Khaldun, Pengawas PSS di Pustaka Harun Al- Rasyid, pengawas SPBT di Bilik BOSS dan Ketua serta Penolong Ketua kelas Bilik Gerakan.

Ulasan
Catat Ulasan